Berita

  • Bertamu ke 10 rumah - 2012/08/11

    MELAKA: Lebih 50 sukarelawan Harian Metro (HM) berkunjung ke 10 rumah keluarga miskin di sekitar mukim Kesang, Muar, Johor bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu dalam program Teman Sahur sempena Program Titipan Kasih Khas Ramadan HM, tengah malam tadi.

  • Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah sumbang telekung - 2012/08/09

    KUALA LUMPUR: Bagi membantu ibu tunggal dan golongan miskin melaksanakan ibadat dengan sempurna di bulan puasa, Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah menyumbangkan telekung untuk program Titipan Kasih Harian Metro di Kampung Kesang Muar, Sabtu ini.

  • Saling bantu kerja amal - 2012/08/03

    SUNGAI PETANI: Tertarik dengan konsep membantu golongan kurang bernasib baik yang dipelopori Harian Metro, membuatkan Hotel Emerald Puteri sudi menjalinkan kerjasama bagi menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan di Sungai Pasir, di sini.

  • Gubah bunga, seri wajah - 2012/08/03

    KUALA LUMPUR: Golongan wanita yang meminati gubahan bunga dan solekan berpeluang mempelajarinya bersama tenaga pengajar berpengalaman sempena Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 di Masjid Muhibuddin, Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah.

  • TNB hulur sumbangan RM10,000 - 2012/08/03

    KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang RM 10,000 untuk disalurkan kepada Tabung Titipan Kasih Harian Metro, semalam, bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

  • `Jadikan contoh' - 2012/08/03

    SUNGAI PETANI: Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 yang bakal berlangsung di Masjid Muhibuddin, Sungai Pasir, di sini, esok adalah usaha murni dan wajar dijadikan contoh bagi semua pihak dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan.

  • `Bangga, terharu' - 2012/08/03

    SUNGAI PETANI: Penduduk Kampung Sungai Pasir, di sini, melahirkan rasa bangga kerana tidak menyangka Masjid Muhibuddin dipilih menjadi tuan rumah kedua bagi Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 anjuran akhbar nombor satu negara.

  • Kongsi nikmat - 2012/08/03

    JITRA: Buat julung kali, dR Rozmey Group (dRG) menyumbangkan 70 kampit beras seberat 10 kilogram (kg) keseluruhan bernilai RM2,000 untuk memeriahkan penganjuran Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 di Masjid Muhibuddin, Sungai Pasir, Sungai Petani, pada Sabtu ini.

  • Taja pengangkutan - 2012/08/03

    KUALA LUMPUR: Selari tanggungjawab sosial korporat, Kumpulan Naza melalui anak syarikatnya, Naza Quest Sdn Bhd semalam menyampaikan tajaan pengangkutan bagi Program Titipan Kasih Harian Metro (HM) 2012 bersempena Ramadan 1433 Hijrah.

  • Sumbangan ringan derita - 2012/08/03

    TELUK INTAN: "Kami sekeluarga sudah habis ikhtiar untuk mengubati ibu termasuk secara perubatan tradisional dan Islam, namun penyakitnya masih belum sembuh, sebaliknya makin melarat," kata Zainal Abidin Samsudin, 54, anak kepada Timah Che, 78, salah seorang penerima bantuan sumbangan Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 di Masjid As Saadah, Kampung Bahagia, di sini, kelmarin.

  • Terima kasih Metro - 2012/08/03

    TELUK INTAN: "Sepanjang 30 tahun menetap di rumah usang ini, kami berdepan pelbagai kesukaran, termasuk dilanda air pasang besar menyebabkan air sungai melimpah ke rumah," kata Siti Normadiah Jayah, 46, penerima bantuan Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 di Kampung Bahagia, di sini, semalam.

  • Seronok dapat baju, kasut baru - 2012/08/03

    TELUK INTAN: "Saya rasa sungguh bertuah dan terharu dengan bantuan ini. Ia secara tidak langsung dapat membantu kami membuat persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak," kata ibu tunggal, Intan Salwa Marjani, 45.

  • Bangga kampung terpilih - 2012/08/03

    TELUK INTAN: Penduduk Kampung Bahagia, di sini, melahirkan rasa bangga dan teruja kerana tidak menyangka kampung mereka menjadi antara destinasi Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 tahun ini.

  • Sebulan buat persiapan - 2012/08/03

    TELUK INTAN: Persiapan rapi sedang giat dilakukan bagi memastikan Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 di Kampung Bahagia, di sini, berjalan lancar apabila lebih 15 `orang kuat' Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertungkus-lumus mengerah keringat dan idea untuk program itu sejak seminggu lalu.

  • Yusuf Taiyoob sumbang kurma - 2012/08/03

    BUKIT MERTAJAM: Syarikat pengedar kurma terkemuka, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob), sekali lagi tampil menyumbang kurma untuk menjayakan Program Titipan Kasih Harian Metro.

  • Nikmat limpahan rezeki - 2012/08/03

    JOHOR BAHRU: "Hari ini (semalam) cukup bermakna buat kami 13 beranak kerana berpeluang merasakan kenikmatan memiliki pelbagai barangan keperluan harian dan perkakasan rumah yang begitu banyak buat pertama kali hingga membanjiri ruang tamu kediaman.

  • Teruja nak sekolah - 2012/08/03

    KANGAR: "Saya rasa teruja jika kami berpeluang untuk memasuki alam persekolahan sekiranya masalah sijil kelahiran kami selesai kerana tidak perlu turun ke laut menjadi nelayan seperti bapa, sebaliknya belajar dengan bersungguh-sungguh."

  • Air mata sambut warga HM - 2012/08/03

    KUALA TERENGGANU: "Linangan air mata ini menggambarkan perasaan terharu saya dan anak terhadap keprihatinan Harian Metro (HM).

  • SR Publication hulur derma RM20,000 - 2012/08/03

    KUALA LUMPUR: Syarikat penerbitan dan pengedar novel, SR Publication menyerahkan sumbangan RM20,000 kepada Tabung Titipan Kasih Harian Metro (HM) bagi membantu golongan kurang bernasib baik, semalam.

  • Satu hari satu lauk - 2012/08/03

    UNTUK tiba ke destinasi, ia mengambil masa kira-kira 30 minit selepas susur keluar tol ke Rawang. Malah jarak 25 kilometer dari Kuala Lumpur itu sering membuatkan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (Pekeas) kurang mendapat bantuan daripada orang ramai.

  • Dapat rumah RM8,000 - 2012/03/27

    KODIANG: Ibu tunggal beranak tiga di Kampung Kubang Chenok, Padang Sera di sini, kini lega apabila tidak perlu lagi tinggal dalam pondok berlantaikan tanah dan minum air hujan berikutan pondok usang didiami Ban Yin a/p Siang, 36, sekeluarga itu kini dalam proses pembinaan semula melalui Projek Kasih Sayang Perdana Menteri.

  • Dulu berselerak kini selesa - 2012/03/26

    RAWANG: "Jika sebelum ini keadaan rumah agak berterabur, dengan bantuan yang diberikan, dapatlah mereka hidup dengan lebih selesa selepas ini," kata Yang Dipertua Rumah Pertubuhan Kebajikan Ehsan As-Shakur (Pekeas), Rosli Abd Ghani ketika mengulas mengenai kedatangan rombongan Harian Metro (HM) sempena Program Titipan Kasih Edisi Khas, di sini, kelmarin.

  • `Saya terharu' - 2012/03/20

    KODIANG: "Saya sangat gembira dan terharu apabila kesusahan memelihara tiga anak dalam keadaan serba kekurangan mendapat perhatian warga Harian Metro yang sudi datang ke pondok usang ini untuk memberi sumbangan.

  • Keperitan dapat simpati - 2011/12/21

    ALOR GAJAH: Keperitan hidup ibu tunggal enam anak di Jalan Solok Kuala Sungga, di sini, selepas kematian suaminya lima tahun lalu mendapat perhatian meluas selepas tersiarnya kisah hidup mereka, Jumaat lalu.

  • Kelu lidah terima bantuan - 2011/12/20

    MELAKA: “Saya tidak menyangka warga Harian Metro (HM) sanggup berkunjung ke rumah ini dan memberi sumbangan. Malah, ini kali pertama saya menerima bantuan seperti ini.

  • Bagai tukang urut profesional - 2011/11/25

    HULU SELANGOR: Biarpun dilahirkan serba kekurangan, golongan orang kelainan upaya (OKU) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batang Kali, di sini, membuktikan ia bukan penghalang untuk mereka berdikari meneruskan kehidupan apabila menyertai Kursus 1Malaysia Urutan Tradisional, sesuatu yang lazimnya dilakukan manusia normal.

  • Kini saya rasa lega - 2011/11/22

    KEPALA BATAS: “Terima kasih kepada Harian Metro kerana sudi beri sumbangan. Kini saya rasa lega kerana sumbangan barang makanan ini cukup untuk beberapa bulan,” kata ibu tunggal, Rosma Abdullah, 45, selepas menerima sumbangan sempena program Titipan Kasih Harian Metro di rumahnya di Kuala Bekah, Penaga, kelmarin.

  • Hiba dalam senyuman - 2011/11/10

    TEMERLOH: Sejak lebih setahun bergelar ibu tunggal, Asmayati Hamid, 46, dari Kampung Bangau Parit, di sini, seolah-olah hilang kemudi berikutan kematian suami, sekali gus menyebabkannya terpaksa bekerja keras bagi menyara enam anak yang membesar.

  • Tahan sebak - 2011/11/10

    TEMERLOH: "Apalagi yang boleh saya katakan selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikan sumbangan ini kepada saya. Saya benar-benar tidak sangka apabila pihak pengurusan kanan Harian Metro sanggup menjejakkan kaki mereka di rumah saya ini.

  • 16 dibantu - 2011/09/13

    KUALA LUMPUR: Aidilfitri kali ini lebih bermakna kepada 16 penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong apabila menerima bantuan program Titipan Kasih Harian Metro, kelmarin.

  • Tak putus terima rezeki - 2011/09/07

    GOMBAK: Penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Raudhatul Al-Faeez, di sini, bersyukur kerana tidak putus-putus menerima bantuan, terutama sepanjang Ramadan dan selepas Aidilfitri yang dirayakan minggu lalu.

  • Nikmat terakhir berbuka puasa disuap isteri - 2011/08/28

    TANJUNG KARANG: "Ayah sangat berselera ketika berbuka puasa disuap emak. Beberapa minit kemudian ayah tiba-tiba senyap.

  • Yusuf Taiyoob terus sokong Titipan Kasih - 2011/08/28

    GEORGETOWN: Syarikat pengedar kurma terkemuka, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob), sekali lagi tidak ketinggalan menyumbang 1,000 kotak kurma pelbagai jenis bagi menjayakan Program Titipan Kasih Harian Metro.

  • Gigih, ceria, mesra - 2011/08/25

    TANJUNG KARANG: Gigih, ceria dan mesra. Itu suasana siri jelajah program Titipan Kasih-Infaq Ramadan Harian Metro di destinasi terakhir bagi tahun ini di Masjid Nurul Islam Blok Y1, Parit 2 Sungai Burung, di sini, semalam.

  • Hilang kasih silih berganti - 2011/08/25

    TANJUNG KARANG: Kehilangan insan disayangi ibu dan bapa dalam tempoh dua tahun berturut-turut tidak mematahkan semangat seorang gadis berusia 19 tahun untuk memikul tanggungjawab menjaga keluarga.

  • Nostalgia pelita panjut - 2011/08/25

    TANJUNG KARANG: Kemeriahan program Titipan Kasih-Infaq Ramadan Harian Metro siri keempat di Masjid Nurul Islam Blok Y1, Sungai Burung, di sini, bermula malam kelmarin apabila buat julung kalinya pertandingan pelita panjut diadakan sempena program itu.

  • Takaful Ikhlas prihatin bantu pusat jagaan - 2011/08/24

    KAJANG: Meneruskan kesinambungan membantu golongan memerlukan menerusi projek tanggungjawab sosial korporatnya, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) semalam menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan kepada Pusat Jagaan Siti Nor Aini, di sini.

  • Penduduk teruja - 2011/08/24

    TANJONG KARANG: Lebih 500 penduduk sekitar Masjid Nurul Islam, Blok Y1, Sungai Burung, di sini, yang menjadi lokasi keempat Program Titipan Kasih Harian Metro-Infaq Ramadan dijangka hadir mengimarahkan program itu, hari ini.

  • Kerjasama erat - 2011/08/24

    KUALA LUMPUR: Kerjasama baik yang sudah terjalin dengan Harian Metro (HM) sejak 2007, membuatkan syarikat Hee Marquee Tent Rental Sdn Bhd (Hee Marquee) terpanggil untuk menaja khemah dan sistem audio bagi Program Titipan Kasih HM - Infaq Ramadan 2011.

  • Usaha murni dihargai - 2011/08/22

    SEREMBAN: Program Titipan Kasih-Infaq Ramadan Harian Metro di Masjid Kampung LBJ di sini, kelmarin mendapat penghargaan kerajaan Negeri Sembilan menerusi wakil rakyat kawasan itu, Datuk Hasim Rusdi yang kagum dengan peranan Harian Metro menganjurkan program itu bagi membantu golongan memerlukan, apatah lagi sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

  • Kerjasama menyeluruh - 2011/08/22

    SEREMBAN: Program Titipan Kasih-Infaq Ramadan Harian Metro siri ketiga di Masjid Kampung LBJ di sini, kelmarin, antara siri jelajah program dianggap paling berjaya terutama aspek pembabitan menyeluruh pelbagai pihak berbanding dua lagi lokasi sebelum ini iaitu di Bentong Pahang dan Hulu Langat, Selangor.

  • Saat paling bermakna - 2011/08/22

    SEREMBAN: "Saya tak pernah menerima bantuan seperti ini lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri, memang terharu dan berbesar hati kerana Harian Metro sudi menghulurkan bantuan serta sumbangan yang begitu bermakna bagi saya sekeluarga," kata Asmah Ali, 60, antara ibu tunggal yang menerima bantuan Program Titipan Kasih Harian Metro-Infaq Ramadan di pekarangan Masjid Jamek Kampung LBJ di sini, kelmarin.

  • Penduduk terharu - 2011/08/21

    SEREMBAN: "Saya terharu atas keprihatinan Harian Metro yang sudi menghulur bantuan kerana kami sekeluarga jarang menerima bantuan seperti ini," kata Mohd Rahim Suhut, 50, dari Kampung LBJ, Labu, di sini, antara keluarga yang menerima bantuan sempena program Titipan Kasih Harian Metro, semalam.

  • Anak yatim beli-belah - 2011/08/21

    SEREMBAN: Aidilfitri tahun ini sangat bermakna buat 50 anak yatim dari Kampung LBJ, di sini, apabila dapat membuat persiapan menyambutnya dengan lebih ceria selepas memiliki pelbagai kelengkapan baru hasil sumbangan program Titipan Kasih Harian Metro.

  • Persiapan lancar - 2011/08/20

    SEREMBAN: Kemeriahan program Titipan Kasih Infaq Ramadan mula dirasai penduduk Kampung LBJ di sini apabila segala persiapan akhir bagi menjayakan program itu berjalan lancar.

  • `Kami rasa bertuah' - 2011/08/20

    SEREMBAN: Penduduk Kampung LBJ di sini, menyambut baik program Titipan Kasih Harian Metro bertema Infaq Ramadan yang akan berlangsung di kampung itu, hari ini.

  • Pertubuhan IRM hulur 90 kotak makanan - 2011/08/20

    KUALA LUMPUR: Bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (Pertubuhan IRM) tampil menghulurkan bantuan berupa 90 kotak makanan bagi empat siri Program Titipan Kasih-Infaq Ramadan Harian Metro yang akan berakhir di Tanjung Karang, Selangor pada 24 Ogos ini.

  • Sukarelawan HM berkampung di LBJ - 2011/08/19

    KUALA LUMPUR: Suasana Kampung LBJ, Labu, Negeri Sembilan pasti berbeza, Sabtu ini apabila bakal menerima kunjungan warga kerja Harian Metro (HM) sempena Titipan Kasih Harian Metro di kampung itu.

  • BMMB hulur RM15,000 - 2011/08/19

    KUALA LUMPUR: Menyamai agenda anjurannya, Masih Ada Yang Sayang sempena Ramadan, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) tampil sebagai rakan baru Titipan Kasih Harian Metro menerusi sumbangan RM15,000.

  • Sebak pilih baju raya - 2011/08/18

    "ADIK suka baju warna apa?" tanya jurujual kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sambil mengambil sepasang baju kurung merah jambu untuk diberikan kepadanya. Tiba-tiba wajahnya yang ceria bertukar duka. Ada air mata bergenang pada kedua-dua kelopak matanya yang sayu.

  • Rezeki kita bersama - 2011/08/15

    REZEKI Allah dikongsi bersama. Itulah pendekatan syarikat tekstil terkemuka, Jakel Trading selaku penaja utama Program Titipan Kasih Harian Metro-Infaq Ramadan di Hulu Langat, Selangor, kelmarin.

  • 47 anak yatim Medan Batu 14 tersenyum ceria - 2011/08/15

    HULU LANGAT: Syawal kali ini pasti menjadi lebih bermakna untuk diraikan dan bakal meninggalkan kenangan buat 47 anak yatim Medan Batu 14 yang gembira apabila akhbar nombor satu negara, Harian Metro (HM), menyampaikan sumbangan duit raya beserta beg sekolah, pakaian raya, hamper dan makanan, kelmarin.

  • Kongsi derita ibu tunggal - 2011/08/15

    HULU LANGAT: Berbekalkan hasil jualan nasi lemak, seorang ibu tunggal, Haminsah Mat Zin terpaksa menyara lima anaknya seorang diri selepas suami tercinta terlantar menderita sakit tibi dan kencing manis sebelum menghembuskan nafas terakhir, kira-kira tiga tahun lalu.

  • Tumbang lembu jamu keluarga miskin - 2011/08/14

    HULU LANGAT: Seawal jam 7 pagi, pekarangan Masjid Batu 14, di sini, dipenuhi kariah masjid yang menanti ketibaan warga kerja Harian Metro (HM) bagi meraikan program Titipan Kasih Infaq Ramadan, semalam.

  • Sayu terima kunjungan - 2011/08/14

    HULU LANGAT: Hanya genangan air mata dan ucapan terima kasih berkali-kali mampu diungkapkan seorang ibu tunggal berstatus warga emas apabila menerima sumbangan sempena Program Titipan Kasih Harian Metro (HM), Infaq Ramadan, di sini, semalam.

  • Kongsi gembira menjelang raya - 2011/08/13

    KUALA LUMPUR: Kegembiraan jelas terpancar di wajah 47 anak yatim dari sekitar daerah Hulu Langat dikumpulkan di Wisma Jakel, Jalan Masjid India di sini, semalam untuk membeli barang keperluan Hari Raya Aidilfitri seperti baju kurung, baju melayu, samping, kasut, songkok dan tudung.

  • RSIB hulur RM20,000 - 2011/08/13

    KUALA LUMPUR: Sempena Ramadan penuh keberkatan, Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) berbesar hati menghulurkan sumbangan RM20,000 untuk menjayakan program Titipan Kasih Harian Metro 2011 yang akan melabuhkan tirainya di Tanjung Karang, Selangor pada 24 Ogos ini.

  • Ceriakan anak yatim - 2011/08/10

    PELBAGAI riak wajah menyinari program Titipan Kasih yang diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kampung Simpang Pelangai, Sabtu lalu.

  • Berkongsi kemakmuran - 2011/08/08

    BENTONG: Program Titipan Kasih Harian Metro yang diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kampung Simpang Pelangai, di sini, kelmarin mendapat penghargaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

  • Rahmat 10 keluarga - 2011/08/08

    BENTONG: Keceriaan jelas terpancar pada wajah 10 keluarga miskin yang menerima bantuan daripada Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail yang hadir bersama warga kerja Harian Metro ke rumah mereka dalam program Titipan Kasih di Kampung Simpang Pelangai, di sini, kelmarin.

  • Usaha wajar diteladani - 2011/08/07

    BENTONG: Jadikan contoh. Itulah pandangan Penghulu Mukim Pelangai, Nasaruddin Ahmad, berhubung usaha Harian Metro menganjurkan program Titipan Kasih yang dimulakan sejak 2007 untuk bersama mendekati masyarakat, seterusnya membantu golongan kurang bernasib baik.

  • Program erat hubungan sesama penduduk - 2011/08/07

    BENTONG: "Letih tapi seronok," kata penduduk, Suwardi Abdul Majid, 40, yang turut serta dalam program Titipan Kasih anjuran Harian Metro di Kampung Simpang Pelangai, dekat sini, semalam.

  • Terasa disayangi - 2011/08/06

    BENTONG: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah 50 anak yatim Kampung Simpang Pelangai apabila dibawa membeli kelengkapan hari raya termasuk baju Melayu dan baju kurung di bandar ini, petang semalam.

  • Takaful Ikhlas taja Titipan Kasih - 2011/08/05

    KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) tampil menaja program Titipan Kasih Harian Metro yang diadakan sepanjang Ramadan ini dengan menghulurkan sumbangan RM10,000 untuk disalurkan kepada anak yatim, ibu tunggal dan golongan miskin.

  • Simpang Pelangai lokasi pertama - 2011/08/04

    KUANTAN: Siri penjelajahan program Titipan Kasih Harian Metro sempena Ramadan kali ini bakal menjengah lokasi pertamanya di Kampung Simpang Pelangai, Bentong pada Sabtu ini.

  • Shell hulur RM50,000 - 2011/08/04

    KUALA LUMPUR: Program Titipan Kasih Harian Metro sekali lagi menggamit syarikat minyak antarabangsa, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd menghulurkan sumbangan RM50,000 bagi menjayakan pelbagai aktiviti amal yang bertujuan membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik di sekitar Simpang Pelangai, Bentong, Pahang, Sabtu ini.

  • Bernas sumbang 800 kampit beras - 2011/08/03

    KUALA LUMPUR: Kesedihan melihat kemiskinan dan kesusahan dialami segelintir masyarakat mendorong Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menaja program Titipan Kasih Harian Metro yang mengadakan program amal membantu golongan terbabit menjelang Aidilfitri ini.

  • Jakel sumbang RM50,000 - 2011/07/30

    KUALA LUMPUR: Syarikat tekstil terkemuka, Jakel Trading tidak ketinggalan memberikan sumbangan RM50,000 kepada Tabung Titipan Kasih Harian Metro bagi membantu golongan tidak berkemampuan sempena Ramadan ini.

  • Pertama kali lihat anak tersenyum - 2011/07/26

    JOHOR BAHRU: "Selepas hampir tiga bulan terputus bekalan makanan hingga kerap kelaparan dan mengharap ihsan jiran untuk mengisi perut, hari ini (Sabtu lalu) buat pertama kali saya lihat anak-anak tersenyum kerana seronok menerima pelbagai jenis bantuan makanan.

  • Senyuman terukir - 2011/07/04

    ALOR GAJAH: "Sejak empat tahun lalu selepas suami meninggal dunia, kehidupan kami melarat dan ini kali pertama kami menerima sumbangan barang keperluan harian termasuk makanan dalam jumlah sebegini banyak.

  • `Detik paling manis kami' - 2011/05/03

    KUALA TERENGGANU: "Hari ini detik paling manis dalam hidup kami sekeluarga kerana kakitangan Harian Metro sanggup datang ke rumah dan menghulurkan bantuan," kata Hamdan Mohd Zin, 49, dari Lorong Cempaka, Kuala Ibai, di sini.

  • Linangan air mata gembira - 2011/04/26

    KOTA KINABALU: Kedaifan ibu tunggal lima anak yang bekerja sebagai tukang cuci mendapat perhatian apabila menerima kunjungan rombongan Harian Metro sempena Program Titipan Kasih di rumahnya di Kampung Serigai, Putatan, di sini, baru-baru ini.

  • Bergenang air mata ibu - 2011/03/15

    ALOR GAJAH: "Perasaan saya bercampur baur hingga air mata bergenang sebaik melihat kehadiran rombongan Titipan Kasih Harian Metro ke rumah usang ini kerana kebiasaannya ia sunyi daripada kunjungan mana-mana pihak.

  • `Rezeki anak' - 2011/02/15

    SUNGAI PETANI: Kepayahan hidup ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya dengan pendapatan hanya RM550 sebulan bagi menyara enam anaknya termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) di Kampung Bakar Bata, Sungai Pasir, di sini, mendapat perhatian apabila mereka menerima sumbangan Titipan Kasih Harian Metro 2011 di kediaman mereka, kelmarin.

  • 30 cawangan sebelum 7 Mei - 2011/02/05

    RESTORAN Sekinchan Ikan Bakar Sdn Bhd (Sekinchan Ikan Bakar) bercadang membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan, terutama di kawasan luar bandar.

  • Promosi Sekinchan Ikan Bakar isi tabung kebajikan - 2011/01/27

    KUALA LUMPUR: Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn Bhd (Sekinchan Ikan Bakar) mengadakan promosi di semua empat cawangannya di Lembah Klang bagi membantu golongan kurang bernasib baik yang akan disumbangkan menerusi Tabung Titipan Kasih Harian Metro.

  • Terharu terima bantuan - 2010/12/21

    ALOR SETAR: Air mata gembira yang membasahi pipi Zainab Bakar, 49, cukup untuk menggambarkan betapa terharu dia sejurus menerima sumbangan dihulurkan Harian Metro menerusi program Titipan Kasih di rumahnya di Kampung Hilir Tandop, Kubang Rotan, dekat sini, semalam.

  • Anak yatim naik Ferrari - 2010/12/17

    KUALA LUMPUR: Wajah keriangan jelas terpancar di wajah 20 anak yatim Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (Ractar), Subang, apabila mereka berpeluang menaiki kenderaan prestasi tinggi mengelilingi ibu kota, semalam.

  • Naik Ferrari - 2010/12/16

    KUALA LUMPUR: IBM Automobiles Sdn Bhd, Kelab Supercar dan Harian Metro meraikan 20 anak yatim dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Subang di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), hari ini.

  • Tapak Min kian luas - 2010/12/12

    JIKA mimpi yang pernah terlintas dalam lena dipegang kuat hingga menjadi angan-angan dan berjaya direalisasikan, tiada perkataan mampu diterjemah bagi menggambarkan perasaan itu.

  • Alyah terpikat melodi Titipan Kasih - 2010/12/06

    TITIPAN Kasih yang diperkenalkan sejak 2007 adalah program kemasyarakatan kebanggaan Harian Metro (HM). Melalui program itu, pelbagai bentuk sumbangan disalurkan kepada golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim dan fakir miskin.

  • Sumbangan murni - 2010/12/05

    TAMPIN: Usaha murni berterusan Harian Metro (HM) untuk membantu golongan memerlukan diterjemahkan melalui aktiviti gotong-royong menambah baik keadaan Rumah Lindungan Kasih, Taman Suria, di sini, pada Program Titipan Kasih HM Khas sempena Sambutan 20 Tahun akhbar nombor satu negara itu, semalam.

  • 'Duit di poket sudah habis' - 2010/11/02

    KANGAR: "Gugup dan terharu dengan kehadiran rombongan Titipan Kasih Harian Metro mengunjungi rumah buruk ini kerana sebelum ini tiada sesiapa sudi menjenguk atau bertanyakan masalah saya.

  • Terharu terima sumbangan - 2010/10/30

    BUKIT MERTAJAM: "Alhamdulillah, ada juga pihak tampil beri sumbangan. Sebelum ini, nak makan pun kadang-kadang sangkut tapi hari ini (semalam), banyak barang makanan diberi," kata Rosli Hashim, 43.

  • Pelajar terharu, syukur - 2010/10/17

    BATANG KALI: Pelajar Madrasah Raudatul Ulum menyambut baik program Titipan Kasih dan aktiviti gotong-royong yang dianjurkan Harian Metro (HM) dan berharap kerjasama terjalin diteruskan pada masa akan datang.

  • Belajar lebih selesa - 2010/10/17

    BATANG KALI: "Jika dulu proses pengajian tergendala ketika hujan, dengan bantuan ini, dapatlah mereka belajar dengan lebih selesa tanpa mengira hujan atau panas," kata Pengetua Madrasah Raudatul Ulum, di sini, Ahmad Rizam Ghazali.

  • Tawaran kerja rahmat Aidilfitri - 2010/09/28

    PASIR GUDANG: Bapa dua beradik kerdil yang hilang punca pendapatan selepas diberhentikan kerja sebagai pemandu van baru-baru ini, menerima tawaran kerja daripada pengurusan sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, semalam.

  • Barang usang berganti baru - 2010/09/27

    PASIR GUDANG: Kepayahan hidup dua beradik kerdil yang terpaksa mengerah kudrat menggunakan papan luncur buruk untuk bergerak akhirnya mendapat perhatian apabila kedua-duanya menerima sumbangan Titipan Kasih Harian Metro 2010 di kediaman mereka di Taman Cendana di sini, semalam.

  • Dekati golongan susah - 2010/09/07

    SELEPAS Melaka dan Selangor, program Titipan Kasih, antara tanggungjawab sosial korporat akhbar Harian Metro menemui pula warga Perak, Sabtu lalu.

  • Air mata syukur - 2010/09/06

    AIR mata gembira yang membasahi pipi keluarga miskin cukup menggambarkan betapa terharu mereka sejurus menerima sumbangan dihulurkan Harian Metro menerusi program Titipan Kasih yang berlangsung di Kampung Ulu Kuang, Chemor, dekat Ipoh, kelmarin.

  • Suntik semangat anak yatim - 2010/09/06

    IPOH: Lebih 50 anak yatim dan kanak-kanak di Kampung Ulu Kuang, Chemor, dekat sini, bertuah kerana berpeluang mengikuti ceramah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sri Iskandar, Sri Iskandar, kelmarin.

  • Raya paling bermakna - 2010/09/06

    IPOH: Tiada kata-kata mampu terucap bagi menggambarkan rasa gembira 50 anak yatim yang menerima sumbangan barangan dan duit raya sempena program Titipan Kasih Harian Metro 2010 berlangsung dalam suasana meriah dan penuh muafakat antara sukarelawan akhbar nombor satu negara bersama rakan penaja dan penduduk Kampung Ulu Kuang, Chemor, dekat sini, kelmarin.

  • HM, penduduk sama seronok - 2010/09/05

    IPOH: Kemeriahan penganjuran program Titipan Kasih Harian Metro 2010 sempena Ramadan yang berlangsung di Kampung Hulu Kuang, Chemor, semalam disifatkan sebagai perkongsian baik antara penduduk, rakan penaja dan Harian Metro selaku penganjur utama.

  • Majlis meriah - 2010/09/05

    IPOH: Program Titipan Kasih Harian Metro 2010 sempena Ramadan yang berlangsung selama sehari di Kampung Ulu Kuang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chemor, dekat sini, meriah dan penuh dengan semangat gotong-royong serta permuafakatan.

  • Syawal penuh makna - 2010/09/04

    IPOH: "Hari Raya tahun ini pasti amat bermakna kepada saya dan rakan kerana masih ada pihak sudi menghulurkan bantuan sekali gus menceriakan Aidilfitri tidak lama lagi.

  • Nurbeautyline bantu - 2010/09/04

    KUALA LUMPUR: Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat membantu golongan kurang berkemampuan, Nurbeautyline tampil menghulurkan sumbangan Program Titipan Kasih Harian Metro 2010.

  • Hijjaz pinjam suara berdakwah - 2010/09/03

    RAMADAN kali ini cukup bermakna bagi penghuni Rumah Baitul Hasanah dan kanak-kanak dari Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor.

  • Firefly beri pakaian raya - 2010/09/03

    KUALA LUMPUR: Program Titipan Kasih Harian Metro 2010 turut menggamit Firefly untuk turut sama membantu meringankan beban anak yatim menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut umat Islam, minggu depan.

  • IRM tetap bersama - 2010/09/03

    KUALA LUMPUR: Membantu keluarga kurang berkemampuan, anak yatim dan ibu tunggal menggamit Islamic Relief Malaysia (IRM) menyokong usaha murni Harian Metro menjayakan Titipan Kasih Harian Metro 2010.

  • Mahu bantu - 2010/09/02

    IPOH: Bertepatan dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Old Town White Coffee turut sama menyokong program Titipan Kasih Harian Metro 2010 dengan sumbangan RM5,000 dan 500 kek lapis.

  • Destinasi terakhir - 2010/09/01

    IPOH: Pemilihan Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, sebagai lokasi ketiga dan terakhir program Titipan Kasih Harian Metro 2010 bertemakan 'Mudik Ke Desa', 4 September ini, dianggap satu penghargaan dan kebanggaan oleh penduduknya.

  • Tesco hulur RM5,000 - 2010/09/01

    KUALA LUMPUR: Nasib kanak-kanak yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri mendorong Tesco menyumbang baju raya dan barangan keperluan bernilai lebih RM5,000 sempena program Titipan Kasih Harian Metro.

  • Apabila kasih dititipkan - 2010/08/31

    WAJAH ceria penghu AJ penghuni Rumah Baitul Hasanah dan 34 kanak-kanak Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor diraikan dalam program Titipan Kasih Harian Metro bersama Maybank Ahad lalu, memberikan kepuasan kepada penganjur.

  • Kemiskinan bukan untuk diwarisi - 2010/08/31

    SHAH ALAM: Walaupun hidup serba kekurangan, itu bukan alasan untuk tidak mendapatkan pendidikan sempurna.

  • Rahmat Ramadan - 2010/08/30

    RAMADAN membawa rahmat kepada 49 penghuni Rumah Baitul Hasanah dan 34 kanak-kanak dari Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor apabila akhbar Harian Metro menjalankan Program Titipan Kasih Harian Metro Bersama Maybank 2010 edisi khas Ramadan, semalam.

  • 83 anak yatim ceria - 2010/08/30

    KUALA SELANGOR: Kegembiraan jelas terpancar di wajah 83 anak yatim dan asnaf dari Rumah Baitul Hasanah serta Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, di sini, yang diberi peluang membeli-belah barangan keperluan Aidilfitri di Tesco Kuala Selangor, semalam.

  • Bersyukur dipilih terima sumbangan Aidilfitri - 2010/08/30

    KUALA SELANGOR: Orang memberi kita merasa dan pihak pengurusan Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah serta Rumah Baitul Hasanah, di sini, amat bersyukur kerana dipilih menerima sumbangan Aidilfitri melalui Program Titipan Kasih Harian Metro bersama Maybank 2010, semalam.

  • Saling membantu - 2010/08/30

    KUALA SELANGOR: Program Titipan Kasih Harian Metro Bersama Maybank 2010 edisi khas Ramadan di Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, di sini, semalam berlangsung meriah dengan kehadiran 49 penghuninya serta 34 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Baitul Hasanah.

  • Prihatin nasib orang susah - 2010/08/27

    KUALA LUMPUR: Prihatin dengan kesusahan masyarakat yang memerlukan bantuan, Iltizam Perkasa turut sama menyokong program Titipan Kasih Harian Metro 2010 dalam usaha meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

  • Teruskan usaha murni - 2010/08/27

    KUALA LUMPUR: Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Harian Metro buat julung kali berganding bahu menjayakan program Titipan Kasih Harian Metro/Maybank yang diadakan khas di Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor, Ahad ini.

  • Berlauk garam - 2010/08/26

    MELAKA: Kepayahan hidup seorang ibu tunggal demi menjaga empat anak lelakinya yang bersekolah akhirnya mendapat perhatian apabila menerima sumbangan Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Bukit Katil, di sini, Sabtu lalu.

  • TNB hulur sumbangan - 2010/08/26

    KUALA LUMPUR: Usaha murni membantu golongan kurang bernasib baik menjalani ibadat puasa dan Aidilfitri melalui program Titipan Kasih Harian Metro mendapat sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila menyumbangkan wang tunai RM5,000.

  • 50 seronok terima duit raya - 2010/08/25

    MELAKA: Keceriaan menyambut kedatangan Aidilfitri jelas terpancar di wajah 50 anak yatim selepas mereka menerima sumbangan barangan dan duit raya sempena program Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama Kerajaan Melaka di Bukit Katil, di sini, Sabtu lalu.

  • Metro Mudik Ke Desa - 2010/08/24

    MENGAMBIL keberkatan Ramadan, Harian Metro melalui program Titipan Kasih 2010 bertemakan `Mudik Ke Desa' mendekati masyarakat yang memerlukan.

  • 'Saya bersyukur' - 2010/08/24

    MELAKA: Seorang wanita yang baru saja kehilangan pekerjaan apabila kilang tempatnya bekerja ditutup, tidak menyangka menerima durian runtuh bagi menyambut ketibaan Aidilfitri tidak lama apabila menerima bantuan sempena program Titipan Kasih Harian Metro 2010 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka di Bukit Katil, Sabtu lalu.

  • Berkat Ramadan - 2010/08/23

    PROGRAM Titipan Kasih Harian Metro 2010 bertemakan `Mudik Ke Desa' di Masjid Raudahtul Jannah, Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil, Melaka, Sabtu lalu, memberi kegembiraan kepada anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin yang menerima sumbangan.

  • Mahasiswa UiTM beri kelas bimbingan, ceramah - 2010/08/23

    MELAKA: Wajah riang anak yatim yang mengikuti kelas bimbingan dan ceramah motivasi sedikit sebanyak dapat mengisi kesunyian di hati mereka sepanjang menyertai program Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Bayan, Bukit Katil, kelmarin.

  • Titisan air mata terharu - 2010/08/23

    MELAKA: Hanya linangan air mata dan senyuman terharu terukir di wajah keluarga kurang berkemampuan ketika menerima kunjungan warga kerja akhbar ini serta rakan penaja sempena Program Titipan Kasih Harian Metro 2010 'Mudik Ke Desa', kelmarin.

  • Meriah gotong-royong - 2010/08/22

    MELAKA: Program Titipan Kasih Harian Metro 2010 sempena Ramadan yang berlangsung selama sehari di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, dekat sini, meriah dan penuh dengan semangat gotong-royong dan permuafakatan.

  • Program rapatkan masyarakat, anak yatim - 2010/08/22

    MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memuji penganjuran program Titipan Kasih Harian Metro 2010 yang disifatkan sebagai sangat signifikan dalam menzahirkan hasrat dan wawasan kerajaan untuk membantu golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anak yatim serta golongan miskin di seluruh negara.

  • Orang Kampung sumbang RM5,000 - 2010/08/21

    MELAKA: Berpegang pada kata-kata 'tidak lupakan masyarakat' mendorong syarikat Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd menyokong program Titipan Kasih Harian Metro 2010 dalam usaha meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

  • Kegembiraan terpancar - 2010/08/21

    MELAKA: Terpancar kegembiraan buat 50 anak yatim dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru, di sini, apabila mereka dibawa membeli pakaian di pasar raya Tesco Peringgit, dekat sini, semalam.

  • Hadiah raya anak yatim - 2010/08/20

    MELAKA: Lima puluh anak yatim sekitar Bukit Katil, dekat sini, bakal memperoleh pakaian raya sumbangan Tesco dan Firefly sempena program Titipan Kasih Harian Metro 2010, di Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil, esok.

  • Takaful Ikhlas turut sama - 2010/08/20

    KUALA LUMPUR: Bagi membantu golongan kurang bernasib baik melalui program Titipan Kasih Harian Metro, Takaful Ikhlas tampil menghulurkan sumbangan mengurangkan beban ditanggung mereka sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.

  • MBMB diri 11 khemah - 2010/08/19

    MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan 11 khemah sebagai tanda sokongan terhadap Program Titipan Kasih Harian Metro 2010 yang akan diadakan di Masjid Raudahtul Jannah, Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil, dekat sini, Sabtu ini.

  • Shell hulur RM5,000 - 2010/08/18

    KUALA LUMPUR: Program Titipan Kasih Harian Metro menggamit syarikat minyak, Shell untuk turut sama memberikan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik di Kampung Bukit Bayan, Melaka, Sabtu ini.

  • Penaja korporat tidak lepas peluang turut serta - 2010/08/17

    KUALA LUMPUR: Program Titipan Kasih Harian Metro edisi khas Ramadan kembali lagi tahun ini dengan penyertaan lebih ramai penaja korporat yang memberi sumbangan bagi menjayakan program berkenaan.

  • GCH bingkas menyokong - 2010/08/14

    KUALA LUMPUR: GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali rangkaian Pasar Raya Besar Giant, Cold Storage dan Guardian di Malaysia muncul warga korporat pertama menyampaikan sumbangan bagi Titipan Kasih Harian Metro 2010.

  • 'Kami gembira terpilih' - 2010/08/13

    MELAKA: Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Itulah penerimaan penduduk Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, apabila program Titipan Kasih Harian Metro 2010 anjuran akhbar bahasa Malaysia nombor satu bakal diadakan di kampung terbabit pada 21 Ogos depan.

  • Derma kurma RM7,000 - 2010/08/13

    BUKIT MERTAJAM: Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob), syarikat pengedar kurma terkemuka tidak ketinggalan bersama-sama menjayakan Program Titipan Kasih Harian Metro apabila menyumbang 70 karton mengandungi 840 kotak kurma bagi memeriahkan lagi acara berkenaan.

  • Rai anak yatim - 2010/08/05

    MELAKA: Sempena kedatangan Ramadan, akhbar bahasa Malaysia nombor satu kembali menganjurkan Program Titipan Kasih Harian Metro 2010 dengan kerjasama kerajaan Melaka bagi meraikan anak yatim dan golongan kurang bernasib baik di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, di sini, pada 21 Ogos ini.

  • Bernas sumbang 300 kampit beras - 2010/08/02

    KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyumbang 300 kampit beras sebagai tanda sokongan terhadap dua program Titipan Kasih Harian Metro 2010 yang diadakan sepanjang Ramadan ini.

  • IRM tawar modal berniaga - 2010/06/30

    KUALA LUMPUR: Keluarga Salmah Mat Hasan, 40, yang hidup bersandarkan hasil jualan kerepek dengan pendapatan tidak menentu, bakal berubah apabila Islamic Relief Malaysia (IRM) bersedia membantu menawarkan modal bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

  • Kongsi derita 12 beranak - 2010/06/29

    KUALA LUMPUR: Tiada kata dapat mengungkap perasaan gembira 12 beranak yang menghuni sebuah flat dua bilik di PPR Pekan Batu, Jalan Ipoh, di sini yang hidup daif dengan pendapatan RM300 sebulan apabila diberi sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

  • IRM bantu Kartini - 2010/05/28

    PETRAJAYA: Paparan kisah seorang ibu tunggal yang membesarkan empat anaknya selepas ditinggalkan suami mendorong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamic Relief Malaysia (IRM) tampil menyalurkan bantuan kepada keluarga berkenaan.

  • Air mata ibu tunggal - 2010/05/25

    PETRAJAYA: Air mata Kartini Ahmad, ibu tunggal beranak empat yang ditinggal suami sejak dua tahun lalu membayangkan betapa dia begitu gembira selepas keperitan hidupnya mendapat perhatian orang ramai khususnya akhbar Harian Metro.

  • Ada sinar - 2010/05/02

    DUNGUN: "Selagi hayat masih ada, saya tidak pernah putus asa mencari rezeki buat anak, tetapi kalau saya tiada nanti tidak tahu bagaimana nasib mereka," kata Jarah Rahim, 50, dari Kampung Seberang Pintasan, di sini, semalam.

  • Bakti IRM tak putus - 2010/03/31

    JERANTUT: Buat kali ketiga berturut-turut, Islamic Relief Malaysia (IRM), tampil menyertai program Titipan Kasih yang dijalankan Harian Metro (HM) dengan kali ini ibu tunggal lapan anak, Norlaila Mokhtar, 38, dari Jerantut, dipilih menjadi penerima sumbangan itu.

  • Bantu ringan beban - 2010/03/30

    JERANTUT: Prihatin terhadap keperitan diharungi seorang tukang sapu yang menyara enam anaknya dengan pendapatan RM380 sebulan termasuk seorang cacat dan memerlukan pembedahan segera selepas kematian suami setahun lalu, Harian Metro (HM) semalam tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban balu berkenaan.

  • IRM hulur bantuan - 2010/03/03

    DUNGUN: Prihatin dengan penderitaan dihadapi ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras mencari rezeki menyara tiga anaknya pada saat dia sendiri menghidap sakit saraf, Islamic Relief Malaysia (IRM) menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung Jarah Rahim, 50, di Kampung Seberang Pintasan, di sini, kelmarin.

  • Berpisah jauh sekali - 2010/01/30

    KUALA KUBU BHARU: "Dari pagi lagi dah ramai telefon, ada yang mahu bantu dan ada juga nak ambil anak sebagai anak angkat.

  • OKU syukur terima sumbangan - 2009/09/17

    KEPONG: "Syukur dapat bantuan. Sekurang-kurangnya sambutan raya kali ini pasti lebih meriah," kata penerima sumbangan program Titipan Kasih Harian Metro, Noor Askuzaimey Mat Salim, 24.

  • HM berbakti di Jengka 3 - 2009/09/15

    PROGRAM Titipan Kasih Harian Metro (HM) di Felda Jengka 3, Bandar Jengka, Pahang, Sabtu lalu meriah dengan kehadiran kira-kira 500 penduduk setempat untuk turut sama terbabit dalam acara yang disediakan pihak penganjur.

  • Program beri kesan mendalam - 2009/09/14

    BANDAR JENGKA: Program Titipan Kasih anjuran Harian Metro (HM) untuk mendekati golongan kurang bernasib baik ternyata meninggalkan kesan mendalam terhadap masyarakat terutama dalam menilai erti kasih sayang dan menghargai pentingnya sikap mengambil berat sesama mereka.

  • 500 penduduk meriah program - 2009/09/14

    BANDAR JENGKA: Program Titipan Kasih Harian Metro di Felda Jengka 3, dekat sini, kelmarin, bukan saja meraikan golongan kurang bernasib baik, malah turut dimeriahkan dengan kehadiran 500 penduduk untuk menjayakannya.

  • Nor Sihan harungi dua dugaan berat - 2009/09/14

    BANDAR JENGKA: Kehilangan bapa angkat yang pulang ke rahmatullah dan berpisah dengan suami adalah dua dugaan besar harus ditempuh ibu muda, Nor Sihan Jaafar, 29, pada Ramadan tahun ini.

  • Merintih rindu cium tangan arwah ibu bapa - 2009/09/14

    BANDAR JENGKA: Pasti sebak mendengar rintihan si kecil berusia lapan tahun yang mahu mencium tangan kedua-dua ibu bapa menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

  • Penduduk sokong - 2009/09/13

    BANDAR JENGKA: Program Titipan Kasih Harian Metro yang diadakan di Jengka 3, di sini, semalam, mewujudkan jalinan kerjasama erat antara penduduk dengan pihak media dalam usaha membantu golongan tidak berkemampuan.

  • Takaful Ikhlas sumbang duit raya - 2009/09/12

    KUALA LUMPUR: Terpikat dengan konsep digunakan ketika mendekati golongan susah dan kurang upaya membuatkan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) terpanggil untuk turut serta menjayakan program Titipan Kasih Harian Metro.

  • Giant sumbang barang keperluan - 2009/09/11

    SHAH ALAM: Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan kurang berkemampuan, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik rangkaian pasar raya Giant menyampaikan tajaan barangan keperluan harian serta kuih untuk program Titipan Kasih Harian Metro yang akan diadakan di Felda Jengka 3, Kuala Sentul, esok.

  • Kumpulan Ambank bantu anak yatim - 2009/09/10

    KUALA LUMPUR: Titipan Kasih Harian Metro menggamit Kumpulan AmBank untuk turut sama memberikan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban 50 anak yatim di Jengka 3, Maran, Sabtu ini.

  • 50 anak yatim dirai di Jengka 3 - 2009/09/09

    BANDAR JENGKA: Keberkatan dan rahmat Ramadan tidak dipersiakan akhbar ini untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat terutama anak yatim dengan menganjurkan program Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul.

  • Amal bersama anak yatim - 2009/09/08

    PROGRAM Titipan Kasih yang julung kali dianjurkan Harian Metro berjaya menghimpunkan 50 anak yatim dari Persatuan Anak-anak Yatim Islam Bandar Tenggara untuk bermesra dengan pengamal media, akhbar bahasa Melayu nombor satu itu.

  • Sambutan jadi perangsang - 2009/009/07

    KOTA TINGGI: Sambutan masyarakat khususnya di Bandar Tenggara terhadap Program Titipan Kasih Ramadan Harian Metro, kelmarin, menjadi perangsang kepada jawatankuasa penganjur untuk meneruskan program berkenaan dalam usaha mendekati pembaca akhbar bahasa Melayu nombor satu itu di seluruh negara.

  • Program beri imej, identiti tersendiri - 2009/09/07

    KOTA TINGGI: Kunjungan warga Harian Metro ke Bandar Tenggara, di sini, bagi menjayakan Program Titipan Kasih Ramadan, kelmarin berjaya memberi satu imej yang baik bagi akhbar bahasa Malaysia nombor satu itu untuk terus mendapat sokongan pembaca.

  • Dekati pembaca - 2009/09/06

    KOTA TINGGI: "Sebagai akhbar harian bahasa Melayu nombor satu, kita bukan saja mahu dekat dengan pembaca malah sentiasa hampir dengan masyarakat.

  • Tesco taja 100 pasang baju - 2009/09/05

    PETALING JAYA: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) bakal membekalkan 100 pasang baju Melayu dan kurung kepada anak yatim sempena Titipan Kasih Harian Metro Bersama Ahli Parlimen Tenggara, di Bandar Tenggara, Johor, hari ini.

  • Turun padang cari orang susah - 2009/09/05

    TANGAN yang memberi itu tidak sama dengan tangan menerima, malah pengertian kedua-duanya berbeza.

  • Zyla Enterprise sumbang kuih raya - 2009/09/04

    KLUANG: Pembuat dan pembekal pelbagai jenis biskut serta kek yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat sekitar daerah ini, Zyla Enterprise menyifatkan pembabitan dalam menyokong Program Titipan Kasih anjuran akhbar Harian Metro di Kota Tinggi, hujung minggu ini sebagai satu peluang terbaik untuk berkongsi dengan golongan memerlukan.

  • Nestle bantu anak yatim - 2009/09/03

    PETALING JAYA: Sempena Ramadan dan Syawal, Nestle (Malaysia) Berhad menyumbangkan produk keluarannya bagi program Titipan Kasih anjuran Harian Metro untuk diberikan kepada 250 anak Yatim dari dua rumah kebajikan di Bandar Tenggara Johor dan Jengka Tiga, Pahang.